Berita Almahdi dalam Quran zip
Berita Almahdi dalam Quran zip
(0 Votes)
(0 Votes)
Berita Almahdi dalam Quran zip
Tidak diragukan bahawa al-Qur'an adalah Kitab Allah, dan setiap Muslim di dunia menerima dan patuh kepada ajaran dan perintahnya. Apabila seseorang membuka kitab ini dan memerhatikan ayat-ayatnya, dia akan penjelasan tentang perkara-perkara yang luar biasa, dan masa depan yang gemilang dan pada suatu masa alam ini akan sampai ke penghujungnya. Kitab suci al-Qur'an menyatakan tujuan penting Nabi Islam yang mulia itu adalah untuk meletakkan agama suci ini mengatasi semua agama-agama lain di dunia, dan pada suatu hari aspirasi suci ini akan mencapai kejayaan, sebagaimana yang dinyatakan dalam Kitab Suci al-Qur'an: "Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (al-Qur'an) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai."(9:33)1 Kitab Suci dari Rasul yang terakhir memberikan isyarat gembira bahawa pada suatu hari kelak pemerintahan di dunia ini akan menjadi milik hamba Allah yang baik dan bertaqwa: "Sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." (7: 128)2 Bumi ini yang dipenuhi dengan kerosakan, kejahilan dan kebejatan umpama batang tubuh yang tidak bernyawa, akan dihidupkan dengan cahaya keadilan sebagaimana yang dimaksud dalam ayat Qur'an yang suci.3 Kita juga membaca dalam al-Qur'an: "Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku." (24: 55)4 Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Mereka ingin hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir benci." (61: 8)5 Demikian itu adalah beberapa contoh ayat-ayat Qur'an yang menyebutkan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin. Dengan mengkaji perkara ini dan sepuluh dalil lagi, ia akan menjadi jelas bahawa dakwah Islam akan mencapai peringkat kesempurnaan nya apabila aspirasi dan kehendak suci ini terlaksana. Semua kepalsuan dan objektif yang sesat akan sirna dan hanya Islam, agama yang benar, akan menjadi pegangan kepada manusia di barat dan di timur bumi ini. Ketidakadilan dan kezaliman akan sirna dan digantikan dengan keadilan yang merupakan peraturan alam ini akan ditegakkan di mana juga di muka bumi ini. Pemerintahan khalifah akan ditegakkan di mana juga di muka bumi ini. Cahaya petunjuk Allah akan bersinar dan bumi ini adalah milik orang yang bertaqwa. Al-Qur'an telah memberikan khabar gembira bahawa akan tiba nanti suatu hari yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang Islam di muka bumi ini. Hadith-hadith Nabi SAWAW dan para Imam AS adalah sumber yang amat berharga dalam pengajian Islam. Setiap Muslim adalah bertanggungjawab untuk mengikuti dan mentaati hadith Nabi SAWA dan para Imam AS kerana mentaati perintah mereka adalah suatu perkara yang disebutkan dalam Kitab Allah SWT: "Taatilah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan Ulil Amri di kalangan kamu."(4: 49)6 Dalam lautan pemata hadith-hadith, banyak terdapat khabar gembira tentang Kerajaan Adil tersebut. Tambahan lagi, terdapat hadith-hadith khusus yang menyatakan khabar tentang "Revolusi Suci" dan "Pemimpin Suci" yang akan memenuhi aspirasi suci itu. Rasulullah SAWAW bersabda: "Seandainya bumi ini tinggal satu hari sahaja, maka Allah akan memanjangkan hari itu sehingga dibangkitkan seorang lelaki dari kalangan umatku dari kalangan Ahlul Baitku, namanya sama dengan namaku, akan memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana bumi ini telah dipenuhi dengan kezaliman."7 Maksud hadith suci in mendedahkan secara khusus khabar gembira itu dan mejelaskan umat bagi Kerajaan Adil tersebut, Kejayaan dan Janji-janji Allah SWT sebagaimana yang disebutkan dalam sumber-sumber Syi'ah dan Sunnah. Dalam hadith yang lain, Rasulullah SAWAW berkata kepada Amirul Mu'minin Ali AS: "A'immah selepasku dua belas orang, yang awal ialah anda wahai Ali, dan yang akhir dari kalangan mereka ialah al-Qa'im yang akan mencapai kejayaan melalui tangannya dengan kehendak Allah SWT di sebelah barat dan timur bumi ini."8 A'immah yang suci mengingatkan umat dalam beberapa hadith tentang peri pentingnya Janji Allah SWT dan Kerajaan Imam Kedua Belas dan memberitahu kepada mereka bahawa menantikan Penyelamat Agung itu adalah amal yang berharga, dan pengikut-pengikutnya adalah umat yang terbaik dan dikasihi. Memadai dinyatakan di sini contoh-contoh hadith-hadith tersebut: 1.Apabila Imam Hasan al-Mujtaba AS menduduki jabatan khalifah. Beliau menentang Muawiyah yang penipu itu dengan pertolongan orang kanannya yang juga penipu, beransur-ansur menyogok sahabat-sahabat Imam Hasan AS yang akhirnya meninggalkan Imam AS bersendirian. Akhirnya Imam AS terpaksa menerima perdamaian dengan Muawiyah di mana Muawiyah dipertanggungjawabkan untuk mematuhi syarat-syaratnya dan mengelakan daripada melantik penggantinya dan melakukan peperangan.Pada peristiwa yang lain, Imam as mengambil peluang untuk mendedahkan kesalahan-kesalahan dan ketidakadilan Muawiayah kepada orang ramai. Sementara itu orang yang jahil mula mengkritik tindakan Imam as yang menerima perjanjian damai dengan Muawiyah. Imam Hasan as menjelaskan kepada orang ramai pengertian Imam dan kepimpinan dan kewajiban untuk mentaati arahan Imam tanpa perlu bertanya mengapa dan bagaimana. Kemudian beliau menerangkan kepada mereka tentang kerajaan Imam Kedua Belas: "Tidakkah anda ketahui bahawa setiap seorang daripada kami (Imam) mempunyai tanggungjawab untuk mengambil bai'ah daripada pemerintah yang zalim pada zamannya kecuali al-Qa'im di mana Ruhullah Isa as akan bersembahyang di belakangnya dan Allah SWT akan merahsiakan kelahirannya dan menyembunyikannya (ghaib). Apabila dia muncul nanti, ia tidak akan mengambil bai'ah daripada sesiapapun. Dia adalah keturunan yang kesembilan daripada saudaraku Husayn, putera daripada Puteri yang ditawan. Allah SWT akan memanjangkan usianya pada ketika ghaibnya, dan dengan KuasaNya yang Maha Sempurna, dia akan muncul kembali sebagai orang muda kurang daripada 40 tahun supaya orang ramai mengetahui bahawa Allah SWT Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu."9 2.Imam Ja'far al-Sadiq AS ketika menjawab soalan daripada salah seorang pengikutnya tentang penggantinya, berkata: "Imam yang bakal menggantikanku ialah puteraku Musa, dan al-Qa'im Imam Muhammad ibn Hasan ibn Ali ibn Muhammad ibn Ali ibn Musa."10Imam al-Sadiq AS juga berkata: "Bagi setiap manusia menanti kepada sebuah kerajaan, dan kita menunggu kerajaan kita akan ditegakkan pada akhir zaman."11 3.Imam Ketujuh Imam Musa al-Kazim ibn Ja'far AS ketika menjawab soalan salah seorang daripada sahabat-sahabatnya yang bertanya sama ada beliau AS adalah al-Qa'im bi l-Haqq, (beliau AS) berkata: "Aku adalah al-Qa'im bi l-Haqq tetapi al-Qaim yang akan menghapuskan musuh-musuh Allah daripada muka bumi ini dan akan memenuhi muka bumi ini dengan keadilan adalah keturunanku yang kelima. Justeru beliau bimbang akan keselamatan dirinya, beliau akan ghaib untuk jangka masa yang panjang di mana pada jangka masa itu ada kaum yang murtad tetapi ada juga yang akan berpegang teguh kepada (aqidah) mereka." Beliau AS menambah: "Kebaikan kepada syiah kami yang berpegang teguh kepada wilayah kami dan menjauhi musuh-musuh kami. Mereka adalah daripada kami dan kami daripada mereka dan mereka redha kepada kepimpinan kami dan kami redha kepada mereka sebagai syiah kami. Maka kebaikan kepada mereka,, mereka demi Allah bersama-sama kami dalam darajat pada hari Qiamat."12 4.Akhir sekali, Imam Kesebelas Imam Hasan al-Askari AS berkata: "Seakan-akan aku melihat selepasku akan berlaku ikhtilaf di kalangan kalian tentang Imam selepasku. Barang siapa yang menerima Imam selepas Rasululah SAWAW tetapi menolak puteraku adalah seperti seseorang yang yang menerima semua para anbiya' tetapi menolak Nubuwwah Muhammad SAWAW, Rasulullah SAWAW. Dan barang siapa yang menolak (Muhammad SAWAW) sebagai Rasulullah adalah umpama engkar kepada seluruh anbiya' Allah kerana ketaatan kepada yang terakhir daripada kami adalah umpama taat kepada yang awal daripada kami dan engkar kepada yang akhir daripada kami umpama engkar kepada yang awal daripada kami. Bahawa sesungguhnya puteraku akan ghaib di mana pada ketika itu akan ada di kalangan manusia yang jatuh ke dalam keraguan kecuali mereka yang dipelihara oleh Allah SWT."13 Riwayat-riwayat tersebut daripada Nabi SAWAW dan para Imam AS adalah banyak bilangannya untuk memberikan kepada kita keterangan tentang aqidah yang penting ini dan ia merupakan riwayat-riwayat yang paling banyak dalam hal Imamah dalam kitab-kitab hadith Syi'ah. Perkara tentang kepimpinan Imam ke Dua Belas, kerajaannya, dan hal-hal yang berkaitan dengannya merupakan nombor dua selepas perkara Imamah Imam Ali Amirul Mu'minin AS. Terdapat beratus-ratus hadith yang diriwayatkan dalam kitab-kitab Syi'ah dan Sunni.14 Begitu juga ramai ulama dalam pelbagai mazhab Islam telah membukukan hadith-hadith berhubung dengan perkara ini15 Zaman para Imam AS berlalu silih berganti bersama-sama dengan kekejaman pemerintah pada zaman mereka itu sehinggalah pada zaman kepimpinan Imam Hasan al-Askari AS. Imam yang suci ini hidup dalam suasana yang sukar dan kurang muncul dalam majlis-majlis di khalayak ramai. Puteranya yang dikasihi yang merupakan Hujah Allah disembunyikan daripada khalayak ramai sehinggalah tahun 260H dan kemudian ia Ghaib Sughra sehingga tahun 329H dan selepas itu mengalami peristiwa Ghaib Kubra sehinggalah pada suatu ketika nanti yang ditunggu-tunggu yang ditentukan oleh Allah SWT di akhir zaman.